Pembukaan blog ini kita mulakan dengan lirik lagu ini, jom kita hayati bersama:
Seroja
Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...
Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja
( korus )
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Lupakan saja asmara
Pada asmara...
Lupakan saja asmara
Pada asmara...
Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...
Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja
<-><-><-><-><-><-><-><-><-><-><-><-><-><-><-><-><-><-><-><-><-><->
ramaikah yang faham erti lagu ini?
apakah yang cuba disampaikan oleh saudara S.Effendi dengan lagu ini?
dua soalan yang boleh dijadikan Teka-teki posting kali ini.
Pendapat saya, Penulis telah bermain dengan imajinasi membayangkan masyarakat sekeliling. cerita sebenar yang dibawa adalah tentang melayu itu sendiri. Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.
Berbalik kepada lirik lagu ini, penggunaan perkataan "bunga seroja" juga menjadi begitu unik. kenapa? berapa ramai masyarakat kita yang panggil bunga seroja? bunga seroja dikenali sebagai "Lotus" kerana mengikut bahasa dan budaya barat.
lirik lagu ini mengangkat bunga seroja sebagai tajuk kiasan kerana bunga seroja itu sendiri sudah melambangkan bangsa melayu. kenapa? kerana bunga seroja adalah bunga melayu. Sejarah telah membuktikan, di zaman Mesir kuno, seroja dijumpai tumbuh bersama-sama dengan Teratai spesies Nymphaea caerulea di pinggiran sungai Nil. Bangsa Mesir zaman Firaun sangat memuliakan seroja, sehingga bunga, buah, dan daun kelopak dijadikan motif dalam arsitektur kuil. Dari Mesir, seroja dibawa ke Assiria dan menyebar ke Persia, India dan Tiongkok. Pada tahun 1787, Sir Joseph Banks membawa seroja ke Eropah Barat untuk ditanam di dalam rumah kaca di kebun raya. ini sudah menggambarkan bunga ini adalah bunga yang tinggi kastanya.
Bunga Teratai (Nymphaea famili Nymphaeaceae) sering dikelirukan dengan bunga Seroja.Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak mengapung di permukaan air, sebagaimana pada teratai.Pada zaman dulu, orang memang sering mencampuradukkan antara tanaman ‘genus Nelumbo’ seperti seroja dengan ‘genus Nymphaea’ (teratai). Pada bunga jenis Nelumbo, bunga terdapat di atas permukaan air (tidak mengapung), kelopak berwarna merah (teratai berwarna putih hingga kuning), daun berbentuk lingkaran penuh dan rimpangnya biasa digunakan.Jika Seroja amat rapat dalam menerangkan pencerahan dan kebijaksanaan dalam agama Buddha,apabila umat Melayu menerima Islam,bunga Teratai menjadi ganti menerangkan falsafah yang kompleks.
Bunga Teratai menjadi perlambangan kepada ajaran Islam dan konsep ketuhanan sebagaimana kajian seorang pengkaji, Abdullah Bin Mohemed (lahir 1931) tentang konsep bunga Teratai di Alam Melayu:
Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah adalah lambang Zat Allah yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al-Ahadiyah”. Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah seketul “kudup” bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan wujudnya bersama kudup.
Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammdiyah terhimpun hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain.Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.
Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut Abdullah, zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai akan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup adalah melambangkan manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar. Bagi tingkat kealaman ini Kudup bunga adalah sebagi lambang ‘Nur Muhammad’. Sementara Sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk.
Abdullah juga dalam kajian falsafah Teratai menyatakan bahawa bunga teratai adalah lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. Penggunaan motif atau bunga teratai digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Menurut beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga teratai digunakan dalam upacara tradisi dan mempunyai makna-makna tertentu.
Dari itu, fahamlah kita mengapa bunga seroja menjadi watak utama dalam menggambarkan kaum melayu.
jumpa lagi :)
No comments:
Post a Comment