post kali ini saya nak bercerita tentang perbualan bersama kenalan lama saya.
Semalam, saya dan kenalan lama saya duduk bersembang di warung kopi.
Topik perbincangan kami berkaitan "secret Society"
pada pembaca yang tidak tahu apa gerakan "secret society", Gerakan ini ditubuhkan pada 1 Mei 1776, di Ingolstadt
(Bavaria), oleh Yesuit-mengajarkan kepada Adam Weishaupt (w. 1830)[1] yang pertama kali meletakkan hukum kanon
profesor di Universiti Ingolstadt Gerakan terdiri daripada freethinkers, sebagai sebuah cawangan daripada
Pencerahan. Illuminati sebelumnya bernama Perfectibilists didirikan oleh Adam Weishaupt (1748-1811) seorang
keturunan Yahudi yang lahir dan membesar di Ingolstadt, memiliki latar belakang pendidikan sebagai seorang
Jesuit yang lalu menjadi seorang pendeta Katolik dan seterusnya mengorganisasi House of Rothschild. Pada
perkembangan selanjutnya, ia beserta organisasi yang dipimpinnya memiliki pandangan-pandangan yang menyimpang
(bid'ah) dari ajaran rasmi gereja Katolik, sehingga ia diekskomunikasi (dilarang mengajarkan pahamnya) oleh gereja
dan dikeluarkan dari kelompok gereja kristiani. Illuminatus adalah orang - orang yang mencari jawapan apa yang
disebut agama sebagai misteri Tuhan. Menurut mereka dengan ilmu pengetahuan tidak ada lagi misteri Tuhan, semua
ada jawapannya.
Dalam novel "Angels and Demon" karya Dan Brown; Salah seorang Ahli Illuminati yang terkenal adalah Galilei Galileo
seorang ahli antropologi yang terpaksa harus dihukum rumah seumur hidup oleh gereja akibat membuat pernyataan
bahwa pusat alam semesta bukan bumi tapi matahari. Pernyataan tersebut dianggap menyinggung gereja kerana secara
tidak langsung menyatakan bahwa Tuhan dengan sengaja menempatkan pusat kehidupan di planet lain. Sejak saat itu
ahli illuminati diburu oleh para kaum gereja. Mereka diburu dan diberi stamp salib didada mereka baru kemudian
dibunuh. Illuminati kemudian bergerak dari bawah tanah sebagai sebuah kelompok rahsia yang paling dicari oleh
gereja. Para Ahli Illuminati yang melarikan diri kemudian bertemu dengan kelompok rahasia lainnya iaitu kelompok
ahli batu yang bernama Freemasonry atau lebih sering disebut sebagai kelompok Mason.
Berbalik kepada perbincangan kami ini, kenalan saya menekankan bahawa semua kuasa yang berpengaruh didunia ini
adalah dikawal pergerakan mereka oleh "secret society" ini. Daripada Perdana Menteri, Ahli kabinet, Parti-parti
politik, wakil-wakil rakyat, termasuk juga ustaz-ustaz dan para imam yang mengimamkan sembahyang disetiap masjid.
Anda semua jangan terperanjat dan jangan menuduh saya dan kenalan saya ini sesat. Sebentar, saya akan terangkan
apa sebenarnya yang dibicarakan oleh kami.
Berkaitan dengan para ustaz-ustaz dan imam-imam yang kami bicarakan berkaitan "Secret Society", bukanlah kami
menuduh mereka ini bekerjasama secara terang-terangan dalam menyebarkan fahaman-fahaman yang salah kepada umat
islam. Anda semua perlu tahu, mereka yang berada didalam gerakan "Secret Society" ini adalah terdiri dari
para-para cendikiawan dan bijak pandai. mereka mampu memanipulasikan sesuatu perkara sehingga kita sendiri
tidak mampu menindasnya.
Kelemahan Umat Islam ketika ini adalah mereka tidak tahu apa yang mereka kerjakan ketika beribadat. apakah yang
tersirat didalam simbol takbiratul ihram? mengapa kita rukuk? mengapa kita sujud? mengapa kita mengangkat jari
telunujk ketika membaca tahiyat awal dan akhir? kenapa? cuba kita imbas kembali apabila kita dalam alam
persekolahan, dan kita mengutarakan soalan-soalan tersebut kepada ustaz atau ustazah yang mengajar subjek agama
islam disekolah kita. apa yang akan mereka jawab? ssudah semestinya mereka akan menjawab, itu adalah rukun solat,
wajib kita untuk mengikutinya. soalan yang kita mahu utarakan adalah mengapa. dan jika kita tekankan soalan itu kembali,
sudah tentu para ustaz dan ustazah menghalang kita untuk bertanya lebih lanjut, takut syirik katanya. apakah kita
sendiri faham dengan maksud syirik tersebut?
Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan
iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang
bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.
Oleh itu, tidaklah syirik apabila kita menyuarakan pertanyaan untuk memahami islam yang kita peluk itu sendiri.
Berbalik kepada perbincangan kami, para ustaz-ustaz dan imam-imam telah di hadkan pengetahuan mereka oleh
secret society ini. tugas mereka adalah untuk menyampaikan dan mengajar kita tentang islam. Dan apa jadi
jika mereka sendiri tidak mampu untuk menjawab pertanyaan mereka ini menggunakan ilmu syariat yang mereka pelajari?
sudah tentu mereka akan membuka ilmu baru selain syariat, iaitu hakikat. Apabila kita sebagai umat islam ini yang
begitu daif dengan agamanya dididik dengan ilmu hakikat, maka, kita sendiri akan mengambil jalan singkat untuk
mengerjakan ibadat.Sebagai Contoh, pakcik saya telah menceritakan pengalamannya sendiri. pada hara raya aidil adha lepas,
beliau telah berkunjung ke rumah birasnya. beliau amat terperanjat apabila ada satu kelas perbincangan
sedang berlangsung disitu. salah seorang yang berada didalam kumpulan tersebut adalah imam besar sebuah masjid di Kluang.
apa yang mereka bincangkan? meraka sedang mendalami ilmu Hakikat. mereka mempertikaikan setiap bacaan didalam solat, setiap
perbuatan dalam solat. Apakah pandangan anda tentang kumpulan ini? tentu anda meletakkan mereka ini sesat?
mereka ini sebenarnya tidak habis mendalami ilmu syariat yang mempunyai beribu klu, beribu pintu yang perlu ditembusi, beribu
syariat dan makrifat yang perlu didalami. yang menjadi persoalan, apa yang saidara imam itu lakukan disitu, sudah
berpuluh tahun tonggeng terbalik mengimamkan jemaah di masjid, tetapi dia sendiri mempertikaikan apa yang dia lakukan saban hari.
tidak kah kelakar apa yang imam ini lakukan?
jadi para pembaca sekalian, marilah kita muhasabah diri. kita berada di titik yang terakhir. bumi yang begitu uzur ini
akan menemui ajalnya dalam masa yang tinggal berapa detik sahaja lagi. tanyalah diri sendiri, cukup kuatkah iman didada?
berapa amalan yang telah dikumpul? berapa kali lailatul qadar yang kita pernah jumpa? kita berada dipersimpangan terakhir,
dan kita persimpangan itu, salah satunya akan menuju ke titian siratul mustaqim. sudah cukup bersediakah kita?
No comments:
Post a Comment