Friday, December 23, 2011

Dimana Silapnya?


Semasa menunggu waktu sembahyang jumaat tadi, terdengar deringan ringtone salah seorang rakan kerja ku. Nada yang digunakan adalah dari lagu “Minah Tudung” yang pernah menjadi siulan para remaja suatu masa dahulu. Yang menjadi hairannya, mereka tidak mengambil apakah yang menjadi mesej utama dalam lagu itu, malah mereka menjadi bahan gelak tawa semata-mata.



Semasa Zaman sekolah dulu, adalah menjadi tren kepadi anak-anak gadis mendapatkan kain sekolah paling senteng dan stoking paling kecik semata-mata untuk menunjukkan buku lali masing-masing. Baju pula, mereka akan mencari kain yang paling nipis hanya untuk menunjukkan warna bra yang dipakai ketika itu. Klau lah boleh Nampak brand, mesti boleh menjadi sesuatu yang mereka banggakan. Tudung pula, kalau tak dapat yang pendek, tak mahu ke sekolah. Anak tudung pula ditarik bahagian depan sehingga mencecah kening. Bila di ingat kembali, kelakar pun ade. Dari mana la budaya ini datang sampai anak remaja melayu ini sanggup membadutkan diri mereka.


Para pejuang sejarah melayu amat mengagung-agungkan bangsa melayu kerana bangsa melayulah antara bangsa yang paling tinggi kastanya suatu ketika dahulu. Tetapi hasil dari baka-baka melayu kini yang emosi, minda dan tingkah lakunya macam “lembu sembelit” yang tidak tahu erti malu. Kalau difikirkan kembali, mana silapnya ya? Apakah tidak cukup pelajaran disekolah? Adakah ibu bapa salah mendidik anak-anak mereka?



Tahukah anda mengapa Melaka Tewas dengan portugis dahulu? Kerana mereka memiliki senjata yang hebat? Tidak. Kita sendiri lah yang mula sekali mencipta senjata hebat itu. Adakah pengaruh portugis begitu gah ketika itu? Tidak. Melayulah yang paling tinggi martabatnya. Jadi apa permasalahannya? Kerana melayu senang dipengaruhi. Mengikut buku sejarah yang berada disekolah, tiada pun satu yang menceritakan apa yang sebenarnya terjadi kepada sejarah melayu. Portugis dapat memasuki tanah melayu dengan senang kerana para laksamana dan hulu baling telah diberi rasuah oleh tentera Portugis. Semasa percubaan pertama portugis hendak menyerang kota Melaka, hasrat itu dipatah kan dengan senang hasil dari himpunan askar-askar Melaka yang mempunyai kepakarana dalam ilmu pelayaran dan bantuan dari kapal-kapal gergasi majapahit. Akibat itu, portugis berpatah balik kerana tidak berani untuk menyerang. Setelah kejadian itu, Sultan Melaka dengan bongkaknya berkata bahawa dengan daulat beliaulah Melaka selamat. Dan baginda menyatakan, tanpa bantuan askar-askarnya pun Melaka akan terus selamat dengan daulatnya. Mendengar kenyataan itu, para askar berasa marah. Portugis pun mengambil kesempatan untuk memasuukkan jarum. Setiap laksamana, hulubalang, nakhoda dan askar-askar diberi rasuah. Hasilnya, apabila portugis datang untuk menyerang Melaka buat kali kedua, tiada satu pun kapal mahupun sampan menghalang hasrat portugis itu.


Sejarah yang kita belajar disekolah bukannya tidak betul langsung. Tapi mungkin hanya 5% sahaja yang betul. Mujurlah ramai pencinta sejarah melayu sangat aktif di blog-blog untuk menyampaikan kisah sebenar. Saya sendiri amat menyanjungi cik Srikandi dari Mistisfile yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan IQ yang cerdas bg mengkaji salah silah bangsa kita sendiri. Saya berharap Mistisfile akan dibuka semula agar semua pencinta sejarah dapat berkumpul untuk mendapatkan info-info yang sahih lagi benar.

Berbalik kepada masaalah remaja yang diceritakan sebelum ini, apa kaitannya dengan sejarah yang saya ceritakan diatas? Apa yang saya mahu ceritakan adalah bangsa melayu skita ini begitu senang untuk dipengaruhi. Semangat melayu semamangnya tebal didada, tetapi apabila ditiup dengan rencah-rencah parasit si Israel laknatullah, begitu mudah layu terduduk melayankan khayalan dunia yang sebenarnya neraka. Sedarkah kita, Malaysia ini sentiasa diperhatikan oleh mata-mata dajjal? Saya tak mahu selitkan topic yang sebegitu berat. Tetapi melayu ini haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal. Duit bukan lah senjata untuk kita. Jika anda berada di pusat membeli belah ketika ini, apa yang dapat anda lihat? Remaja lelaki dan perempuan bergurau bagai tiada agama. Pakaian masyarakat kita umpama “telanjang”. Dimanakah perasaan malu? Jika kita tidak malu dengan diri sendiri, tidakkah kita malu dengan Allah?

Para pembaca sekalian, ketika ini, bangsa kita tersenarai dengan kepakaran apa? Tiada apa yang menggambarkan melayu selain pengunjuk setia hotel serenti. Nama melayu dan sejarahnya banyak tersimpan di perpustakaan-perpustakan di luar sana seperti di England, America, Norway, German dan banyak lagi. Kenapa? Kerana melayu sudah merantau disetiap pelusuk bumi sebelum penduduk America mengenal pakaian yang digelar “cawat”.

Jadi, sebelum bangsa kita ni hanyut dan terus tertidur, haruslah kita selamatkan bermula dari para remaja. Jika kita terus hanyut, bagaimana bangsa kita mahu menjadi askar kepada ”General Blue Turban” nanti?

No comments:

Post a Comment